
MANJUNG, 7 Mac – 377 penduduk terjejas banjir kilat, di daerah ini menerima Bantuan Wang Ihsan, (BWI) sebanyak RM1,000 setiap seorang.
RINGKASAN BERITA AI
- Inisiatif disalurkan menerusi NADMA untuk menyelaras bantuan kepada penduduk terjejas.
- Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
- Diharap meringankan beban penerima, terutamanya bagi persiapan menyambut Aidilfitri.
- Inisiatif Dapur Siswa MADANI akan diperluas ke politeknik seluruh negara untuk membantu lebih ramai pelajar.
Sumbangan berkenaan, disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Inisiatif yang disalurkan menerusi NADMA, diharap mengurangkan beban mereka terutamanya bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan NADMA Daerah Manjung.
Datuk Seri Dr Zambry dalam perkembangan lain, memaklumkan inisiatif Dapur Siswa MADANI bakal diperluas ke politeknik seluruh negara bagi membantu lebih ramai pelajar memperoleh manfaat.