LAHAD DATU, 25 November- 10 orang penduduk Kg. Sepagaya Lahad Datu terjejas dalam kejadian banjir pada 8 malam tadi, selamat dipindahkan ke rumah saudara mara berhampiran.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu pada pukul 8.17 malam sebelum satu pasukan bomba 10 anggota diketuai Komander Operasi PBK II Mohammad Akbar Mohambar beserta jentera digegaskan ke tempat kejadian.
Kesemua penduduk terjejas banjir berjaya dipindahkan ke rumah saudara-mara berhampiran.
Operasi tamat pada 10.41 malam.