fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir Kedah berkurang kepada 692 orang

Foto RTM

ALOR SETAR, 30 Oktober - Jumlah penduduk terjejas di Kedah berkurangan kepada 692 orang daripada 196 keluarga setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Jumlah berkenaan semakin berkurangan berbanding 698 orang daripada 198 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, semua penduduk yang terjejas di daerah Pendang dan Kota Setar masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, satu-satunya PPS di daerah Pokok Sena ditutup pada pukul 10.00 pagi tadi.

Pendang kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 564 orang daripada tiga PPS, diikuti Kota Setar dengan 128 orang di 1 PPS.

Sebanyak lapan mangsa di Pokok Sena sebelum ini juga telah dipindahkan setelah PPS di daerah itu ditutup.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD