IPOH, 19 Mei- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 78 individu daripada 24 buah keluarga di dua daerah di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, empat pusat pemindahan sementara (PSS) masih beroperasi manakala sebuah PPS ditutup pada pukul 10.00 pagi tadi.
Di Taiping, 50 penduduk terjejas ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Batu Hampar, Trong (12), Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok (27) dan SK Matang (11).
Sementara itu PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong di Taiping melibatkan penduduk Kampung Sungai Baru ditutup sepenuhnya.
Di Kuala Kangsar pula, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid mencatatkan pengurangan penduduk terjejas kepada 28 mangsa daripada enam keluarga.