KUANTAN, 19 Disember -Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat, dengan enam daerah kini dilaporkan terjejas.
Lipis yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 11 malam tadi, seramai 13,131 penduduk daripada 4,327 keluarga ditempatkan di 81 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Di Lipis, satu PPS dibuka di Balairaya Tanjung Bungor, menempatkan lima penduduk daripada dua keluarga.
Kuantan kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 10,798 penduduk daripada 3,605 keluarga berlindung di 46 PPS.
Empat lagi daerah terjejas ialah Maran, Rompin, Pekan dan Jerantut.