fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang kekal 101 orang

Penduduk terjejas banjir di Phang menerima bantuan

KUANTAN, 16 Januari- Jumlah penduduk terjejas di Pahang masih kekal dengan 101 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 11.00 malam tadi.

Menurut portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 34 keluarga terjejas banjir masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Rompin.
 
Sementara itu, berdasarkan laman rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai di Rompin masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan–Segamat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI