fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Melaka bertambah kepada 493 orang

(Lorong Simen 2 yang menghubungkan rumah penduduk ditutup
kepada kenderaan dan orang ramai selepas kawasan tersebut dinaiki
air di Kampung Batu Gajah Jalan Simen pada 4 Mac 2023/Foto Bernama)

MELAKA, 5 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan seramai 493 penduduk, setakat pukul 8 pagi, membabitkan 134 keluarga.

Sebelum ini, sejumlah 452 penduduk terjejas banjir dicatatkan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri itu dengan pecahan empat PPS di Jasin dan satu di Alor Gajah.

(Tinjauan pada 3 Mac 2023 mendapati kediaman penduduk ditelenggami air sedalam
satu meter akibat banjir di Kampung Parit Penghulu Benteng dekat Sungai Rambai/Foto Bernama)

PPS SK Batu Gajah di Jasin mencatatkan penduduk terjejas banjir paling tinggi dipindahkan iaitu 209 penduduk.

Ia membabitkan 55 keluarga.

Kemudian diikuti SK Parit Penghulu dengan (64) penduduk daripada (14) keluarga.

PPS SK Parit Gantong pula merekodkan (62) penduduk daripada (24) keluarga dan PPS SK Seri Mendapat (64) penduduk daripada (14) keluarga.

Manakala di Alor Gajah, PPS Balai Raya Bukit Tambun mencatatkan 16 penduduk terjejas daripada 7 keluarga.

Media Baharu