KOTA BHARU, 22 Disember - Bilangan penduduk terjejas banjit termenung di Kelantan mencatatkan penurunan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas.
"Kesemua penduduk terjejas berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh," menurut kenyataan itu.