fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 582 orang

Keadaan banjir di Johor

JOHOR BAHRU, 1 Disember- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 582 orang, setakat pukul 7.00 malam tadi.

Berlaku sedikit peningkatan berbanding 538 orang, pada pukul 4.00 petang tadi.

Ia melibatkan 151 keluarga.

Bagaimnapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

Di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru mencatatkan peningkatan kepada 270 orang.

Sementara itu, seorang lagi penduduk terjejas dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, menjadikan ia meningkat kepada 312 orang.

Kawasan terjejas banjir ialah di Kampung Sentosa Damai, Kampung Sentosa Darat, Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI