BINTULU, 31 Januari- Program Jualan Rahmah Bergerak di Bahagian Bintulu dilaksana bagi memastikan barangan keperluan harian dengan pengurangan harga 10 hingga 30 peratus terus sampai ke golongan sasar di bahagian pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasaraya.
Malah,selari dengan matlamat kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Di Bintulu, program tersebut diadakan di Kampung Penan Muslim Batu 10 pada pagi tadi.
Program tersebut bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 1 petang dengan lebih 12 jenis barangan keperluan asas ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Antara barangan keperluan asas yang dijual, beras, telur, gula, tepung gandum dan minyak masak.
Sementara itu, penduduk yang ditemui bersyukur kerana program berkenaan banyak membantu mereka menjimatkan kos perjalanan untuk turun ke pusat bandar Bintulu.