fb fb fb fb fb

Penduduk luar bandar diseru berkomunikasi secara terbuka

FOTO MIPD

DEBAK, 19 Februari- Komunikasi terbuka merupakan cara terbaik bagi penduduk luar bandar untuk terus menikmati hubungan baik dengan semua pihak.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata platform sedemikian akan memberi ruang terbaik kepada penduduk untuk mengutarakan idea serta pertukaran buah fikiran bagi jalinan kerjasama ke arah pembangunan dan kemakmuran yang lebih baik.

Beliau memberi nasihat tersebut dalam sesi 'Randau Solidariti Komuniti' di Rumah Lingan Sait Sengalang Debak.

Ini katanya sangat diperlukan kerana ia selari dengan usaha kerajaan yang sedang dalam proses membantu penduduk luar bandar memperoleh pendapatan tinggi menerusi penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan.

Sementara itu, pada majlis berlainan di Bukit Saban, Datuk Amar Douglas menyampaikan insentif kepada 50 penuntut IPTA dari kawasan DUN beliau yang sedang belajar di universiti dan kolej seluruh negara.

Katanya pihaknya akan terus memantau kebajikan pelajar dan mereka boleh menghubungi pusat khidmat DUN atau Parlimen Betong jika menghadapi masalah seperti biasiswa.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya tekun belajar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan professional Sarawak dalam ekonomi baharu seperti hidrogen, digital, tenaga boleh diperbaharui, karbon dan sebagainya.

1902 DEBAK DOUGLAS 2FOTO MIPD

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE