Pendidikan percuma: Rusia tingkatkan kuota untuk pelajar dari negara anggota OIC

KUALA LUMPUR, 26 Mac– Rusia meningkatkan kuota pendidikan percuma untuk pelajar dari negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ia selari komitmen dinyatakan pada Forum Tahunan Antarabangsa Rusia-Dunia Islam atau dikenali Forum Kazan 2023.

Forum Kazan menyatakan, lebih 262,000 pelajar dari negara-negara anggota OIC melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Rusia pada 2022.

Sebanyak 84,000 daripadanya, ditanggung Kerajaan Rusia.

Tahun lalu, lebih 355,000 pelajar antarabangsa termasuk lebih 500 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Rusia.

Bidang-bidang pilihan termasuk ekonomi, kejuruteraan perisian dan pengurusan.

Forum Kazan 2024 dijangka akan memperlihat usaha ke arah pengenalan beberapa inisiatif baharu. Fokus tertumpu kepada bidang sains dan pendidikan.