fb fb fb fb fb

Pendidikan aset penting bagi ubah status kehidupan

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom/Foto RTM

BINTULU, 15 Jun- Pendidikan merupakan aset penting dan berguna yang akan membolehkan anak-anak Sarawak untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka di masa hadapan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ibubapa di kawasan luar bandar diingatkan sentiasa memberi perhatian yang pertama kepada pendidikan anak-anak mereka.

"Tanpa adanya kesedaran,bahawa pentingnya pendidikan tidak akan dapat mengubah dan meningkatkan taraf hidup rakyat , terutamanya di kawasan luar bandar", ujarnya demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu 2024 , semalam (Jumaat).

Tegasnya lagi , kerajaan Sarawak telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memberi pendidikan berkualiti kepada generasi muda.

Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memberi motivasi kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh.

Dalam majlis yang sama , Lyechea Charlie , 23 tahun telah dinobatkan sebagai ‘Kumang Gawai’ dan "Ngepan Pemadu Manah" Bahagian Bintulu 2024 serta membawa hadiah wang tunai RM 10,000 dan RM2,000 manakala Jolin Ling , 19 tahun dinobatkan sebagai " Lulong Gawai " yang membawa wang tunai RM7,000 dan Emilia Mujan Kayan, 29 tahun menang gelaran " Selinggar Matahari Gawai " yang membawa wang tunai RM5,000.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD