
THAILAND, 25 Januari -Pemulihan penagih dadah melalui bimbingan pengajian Islam dan Al-Quran di institusi pengajian pondok dikenal pasti sebagai dilaksanakan bagi menangani masalah ketagihan dadah.
- Pemulihan berasaskan pengajian Islam dan pembelajaran Al-Quran membantu penagih pulih secara kerohanian.
- Kaedah kerohanian terbukti lebih berkesan berbanding rawatan ubat semata-mata.
- Tempoh pemulihan bergantung kepada individu; tidak semua pulih sepenuhnya tetapi ramai berjaya.
- Cabaran utama ialah penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap bekas penagih.
Mudir dan Guru Ponok Khlongkam Foundation, Baba Abd Razak berkata, kaedah rawatan berasaskan kerohanian yang dipraktikkan di pusat berkenaan berjaya membantu penagih dadah pulih.
Menurut beliau, pendekatan menerusi bimbingan pengajian Islam dan pembelajaran Al-Quran, kaedah pemulihan secara kerohanian ini didapati lebih berkesan berbanding rawatan berasaskan ubat-ubatan semata-mata yang lazim digunakan.
“Tempoh pemulihan kepada setiap pelatih bergantung kepada diri setiap pelatih terbabit dimana tidak semua yang menerima rawatan akan pulih sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya ramai yang berjaya di pulihkan dengan kaedah terapi kerohanian.
“Cabaran utama dihadapi setiap pelatih yang telah pulih adalah penerimaan keluarga dan masyarakat sekeliling yang masih dengan mentaliti tidak memberikan peluang kepada penagih yang pulih untuk kembali dalam masyarakat,” katanya kepada media, di sini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) , Mohd Nazim Mohd Noor yang melawat pondok berkenaan bersama pengurusan MAIPs dan RTM.
Ia bersempena Program Ziarah Mahabbah MAIPs di Wilayah Krabi, yang melihat secara dekat inisiatif dan pendekatan dilaksanakan.
Institusi pengajian pondok yang dikenali sebagai Ponok Khlongkam Foundation di Pulau Klong Kham, Krabi mendapat pengiktirafan kerajaan Thailand apabila dinobatkan sebagai organisasi pencegahan dan pemulihan dadah terbaik di Thailand.