fb fb fb fb fb

Pencemaran sungai: Polis Johor terima tiga laporan

Foto RTM

KOTA TINGGI, 3 November - Tiga laporan polis diterima susulan insiden pencemaran di Ulu Sungai Johor berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang, di sini yang dikesan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memberitahu dua laporan telah dibuat oleh penduduk kampung yang terjejas manakala satu lagi daripada Ranhill SAJ (RSAJ).

"Kita percaya akan ada lagi beberapa laporan polis dibuat oleh penduduk kampung yang terjejas susulan kejadian ini.

"Siasatan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar negeri mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan siasatan juga akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara," katanya kepada media semasa melawat lokasi pencemaran Sungai Kampung Orang Asli Sayong Pinang, di sini.

Datuk Ab Rahman turut memaklumkan, pihaknya akan membantu agensi berkaitan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Setakat ini, tiga Kampung Orang Asli dikenal pasti terjejas akibat insiden pencemaran itu, membabitkan KOA Sayong Pinang, Pasir Intan dan Kempas Menang.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN