fb fb fb fb fb

Pencarum perlu sentiasa pantau caruman Perkeso

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengadakan kunjungan hormat ke Mutiara FM.

GEORGE TOWN, 22 September - Proses tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja yang terlibat dalam kemalangan atau musibah akan menjadi rumit sekiranya majikan lewat membayar atau tidak membayar caruman.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menasihatkan pencarum agar memuat turun aplikasi Prihatin Perkeso untuk mengetahui kesahihan caruman tersebut.

Jelas beliau, menjadi tanggungjawab pencarum untuk mengambil berat sama ada caruman Perkeso pekerja oleh majikan benar-benar disalur atau sebaliknya.

"Pencarum boleh memuat turun aplikasi Perkeso untuk lebih yakin dengan status mereka."

"Pencarum juga boleh merujuk sama ada di pejabat Perkeso, pejabat Kesuma atau di laman sesawang untuk melihat proses-proses membuat tuntutan," katanya selepas hadir dalam sesi kunjungan hormat ke Mutiara FM.

Beliau disambut Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Pulau Pinang, Jumaahtun Abdul Ghani.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng.

MOHD NORIZWAN BIN SAMAN