fb fb fb fb fb

Pencari madu lebah maut tersangkut pokok tualang

(Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian)

PASIR PUTEH, 4 Julai- Seorang lelaki warga emas yang juga merupakan pencari madu lebah maut selepas tersangkut di atas pokok tualang setinggi 24 meter di Kampung Cabang Tongkat, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB), Zainal Madasin berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar 1.00 tengah hari.

Menurut beliau, setibanya di lokasi, anggota mendapati mangsa, Che Hussin Hassan, 62, tersangkut di atas pokok tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya anggota bomba mengambil masa lebih enam jam sebelum mangsa berjaya dibawa turun pada pukul 7.20 malam.

Zainal menerusi satu kenyataan media berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

(Pencari madu lebah maut tersangkut pokok tualang)

Media Baharu