fb fb fb fb fb

‘Penasihat nombor satu’: Wanita Pertama Filipina main peranan penting – pemerhati

(Ferdinand Marcos Jr (dua dari kiri), bekas senator dan anak kepada pemimpin diktator Ferdinand Marcos,
kakaknya Imee (dua dari kanan) dan ibunya, bekas wanita pertama Imelda Marcos (kanan)/AFP)

MANILA, 27 Jun- Wanita pertama isteri kepada Presiden Filipina yang dipilih, Araneta-Marcos menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan suaminya – tetapi pemerhati menyatakan Araneta berkemungkinan besar akan terlibat dalam pentadbiran suaminya. 

Peguam berusia 62 tahun yang dipanggil “Liza” itu menjauhkan diri daripada tumpuan umum dan amat jarang ditemu bual media. Namun, Liza bukanlah seorang yang “pengecut”.

Beliau seorang yang tegas, bijak dan sentiasa kekal dengan kehendaknya. Secara umum, Liza dikatakan menjadi “perancang” untuk kempen pilihan raya suaminya Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr.

Liza yang tidak memberi maklum balas kepada permohonan wartawan AFP untuk ditemu bual - berkemungkinan akan mengekalkan pengaruhnya selepas upacara mengangkat sumpah jawatan pada Khamis, menurut pemerhati dan orang yang mengenalinya.

“Liza seorang yang tabah, dalam banyak perkara dia adalah tulang belakang BBM," kata Michael Marcos Keon, sepupu Marcos Jr dan Datuk Bandar Laoag City, kawasan kubu kuat penyokong keluarga tersebut.

BBM merujuk Marcos Jr.

“Saya tidak merasakan, dia (Marcos Jr) membuat keputusan tanpa bercakap dengan isterinya,” kata seorang peguam Manila yang sama univerisiti dengan Liza.

“Dia (Liza) akan menjadi penasihat nombor satu, orang pertama dan terakhir yang menjadi pendengar.”

Liza dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan Imelda, 92 tahun dan kakak Marcos Jr; kedua-duanya tidak hadir semasa perhimpunan kempen presiden.

“Ia amat jelas, Liza bertanggungjawab dalam kempen dan mempunyai personaliti menunjukkan dia mendapat apa yang dimahukan," kata seorang pemerhati.


(Araneta-Marcos (tengah) isteri kepada presiden Filipina baharu ketika berbual semasa pengisytiharan
presiden di Dewan Rakyat di Quezon City, pinggir bandar Manila pada 25 Jun lalu/AFP)

‘KUASA LUAR BIASA’ 

Liza dan Marcos Jr berkahwin di Itali pada 1993 dan mempunyai tiga orang anak.

Mereka bertemu di New York pada 1989 – ketika itu bekerja sebagai peguam. Liza berada dalam buangan selepas bapanya digulingkan daripada kuasa tiga tahun sebelum itu.

Liza berasal daripada keluarga elit yang dikaitkan dengan parti politik seterusnya membantu penggulingan pemimpin diktator yang kejam dan rasuah selama 20 tahun.

“Bukan cinta pandang pertama,” kata Liza dalam satu program bual bicara kepada hos rancangan Aster Amoyo, tahun lepas.

“Tetapi bila sudah mengenali dia, tak kan tak jatuh cinta, betul?”

Dua tahun selepas kematian orang tuanya pada 1989, Marcos kembali ke Filipina dan memulakan kejayaan politik mereka semula.

Marcos Jr menang kerusi kongres di Ilocos Norte dan berkhidmat sebagai gabenor wilayah serta pernah berkhidmat sebagai Senator.

Liza pula bekerja sebagai peguam dan mengajar undang-undang di universiti, berdasarkan resume yang di muat naik di laman web firma milik Liza, M & Associates. 

‘SURI TELADAN SAYA ADALAH SAYA’

"Pada awalnya kami membuat keputusan bahawa dia (Marcos Jr) adalah ahli politik, dia adalah bintang. Saya hanya penari pelapis," kata Liza kepada Amoyo.

Dalam temu bual sama, Marcos Jr berkata isterinya mempunyai ‘kuasa luar biasa”, dan akan marah, menangis atau menggoda apabila dia mahu tambah baik atau jika tiket ke satu acara  habis dijual (sesuatu).

“Tetapi saya ada cara tersendiri,” celah Liza.

Menurut Liza, suaminya Marcos Jr menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden ketika menonton filem adiwira, "Ant-Man".

"Ia keputusannya. Saya tidak beri galakan dan pada masa sama tidak mematah semangantnya,” kata Liza

Mengeani ibu mentuanya yang pernah menjadi terkenal sebagai wanita pertama kerana pengumpulan kemewahan yang mengejutkan, Liza berkata, dia akan mengatur laluannya sendiri.

"Suri teladan saya ialah saya," katanya.

Liza turut menolak cadangan untuk menyertai pentadbiran suaminya. -AFP

Berita berkaitan
Kemenangan Marcos Jr cetus kebimbangan rakyat Filipina
Marcos Jr mendahului Pilihan Raya Presiden Filipina

Media Baharu