ALOR SETAR, 23 Disember - Sebanyak 20 pusat tahfiz, madrasah dan masjid terpilih di sekitar Alor Setar, Kedah menerima sumbangan set penapis air.
Penapis air itu disumbangkan Etiqa Insurans dan Takaful dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) bawah Projek Bekalan Air Bersih 2023.
Antara yang menerima set penapis air tersebut ialah Masjid Az-Zakiah, Madrasah Sulaimaniah, Surau An-Naim dan Surau Al-Falaj.
Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, pemasangan set penapis air tersebut bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.
"Ia merupakan program siri kedua Projek Bekalan Air Bersih untuk tahun 2023 selepas Perak.
"Projek yang telah memasuki tahun ke 12 itu akan diteruskan ke Kelantan dan Johor," kata Zawahir.