fb fb fb fb fb

Pemukiman AEM ke-31 di Johor himpun 10 perwakilan ASEAN

FOTO RTM

KOTA TINGGI, 26 Februari- Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 bermula hari ini di Desaru, Johor dengan menghimpunkan perwakilan dari 10 negara anggota ASEAN, sementara Timor-Leste hadir sebagai pemerhati.

Persidangan dimulakan dengan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan bagi membincangkan hala tuju ekonomi serantau, selari dengan tema "ASEAN 2025: Keterangkuman dan Kemampanan" yang menekankan integrasi ekonomi dan pembangunan seimbang.

Persidangan yang berlangsung hingga Jumaat ini akan mencapai kemuncaknya apabila dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Penganjuran AEM Ke-31 bukan sahaja mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap agenda ASEAN, malah turut berpotensi mengangkat Johor sebagai destinasi utama bagi pelancongan dan persidangan antarabangsa.

SITI AISHAH MD ISA