fb fb fb fb fb

Pemuda hilang ketika mendaki sejak Sabtu lepas ditemui selamat

Foto JBPM

BATU KAWAN, 22 Mei - Pemuda yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika keluar seorang diri mendaki di Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini, ditemui selamat kira-kira pukul 2.36 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintenden Chong Boo Khim berkata mangsa Muhammad Azfar Ismail, 28 tahun dijumpai orang awam berhampiran jeti nelayan belakang SMK Batu Kawan kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. 

"Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada 2.00 pagi pada hari sama oleh pasukan polis, namun gagal menjumpai sebarang kesan dan bukti di lokasi kejadian. 

Katanya operasi kemudian diteruskan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 serta penduduk kampung untuk mencari mangsa. 

Terdahulu kehilangan mangsa yang disedari abangnya sebaik dia tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 11.59 malam pada hari kejadian, 18 Mei lalu.

Mangsa dikatakankeluar ke bukit berkenaan pada pukul 5.00 petang pada hari kejadian.

TETITIA YUSOFF