fb fb fb fb fb

Pemilihan kepimpinan IPT akan lebih ketat, teliti

PUTRAJAYA, 30 Januari- Pemilihan kepimpinan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta agensi lain bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menjadi satu proses yang ketat, teliti dan objektif bagi mencari tokoh paling layak serta berwibawa.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ini kerana negara memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang.

"Ia akan menjadi satu proses pencarian yang terbuka, tidak bersifat politik, tetapi mengutamakan mereka yang memahami aspirasi nasional. Kita mahukan semua kepimpinan IPT, terutamanya naib canselor sertatimbalan mereka, menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin yang mengurus dan memimpin dengan harmoni.

Selain, menangani segala kepelbagaian dengan baik dan membongkar segala potensi dalam institusinya," ujar beliau semasa berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 Kementerian Pendidikan Tinggi di sini.

(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi)

Jelasnya lagi, negara memerlukan pemimpin yang mempunyai visi luar biasa dengan memiliki kebingkasan dan keupayaan merubah universiti, politeknik dan kolej komuniti menjadi lebih relevan dan produktif.

Tambah Datuk Seri Mohamed Khaled, Akademi Kepimpinan PendidIkan Tinggi (AKEPT) selaku akademi yang bertanggungjawab mengenal pasti dan menjadi ambang asuhan
pimpinan IPT, akan diposisikan semula.

Media Baharu