fb fb fb fb fb

Pemerkasaan agenda STEM terus dipergiat MOSTI

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal / Foto RTM

LABUAN, 9 November - Agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus diperkasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pemerkasaan ini dipergiat melalui penganjuran Karnival STI Madani dan Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).

Ia bertujuan mempertingkat kemahiran pelajar menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0, menerusi peningkatan penggunaan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan, Robotik, Automasi dan Data Raya.

Disamping menerapkan analitik canggih, selaras perkembangan teknologi digital, sekali gus mengatasi masalah kekurangan pelajar cenderung aliran sains.

"Kerajaan menyedari perlu ada pendekatan dan usaha dari segi pembudayaan ini supaya masyarakat faham bahawa Sains dan Teknologi adalah satu matapelajaran ataupun ilmu yang banyak memberi manfaat bukan hanya pada diri seseorang individu malah ekonomi masyakat setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival STI MADANI disini hari ini.

Bertemakan 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi', ia selaras gagasan konsep Malaysia MADANI.

Trainee