fb fb fb fb fb

Pemergian Taib Mahmud, Sarawak berkabung dua hari

Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING, 21 Februari- Kerajaan Sarawak mengisytiharkan tempoh berkabung dua hari, bermula hari ini berikutan pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak, bendera di seluruh negeri itu juga dikibarkan separuh tiang, selain sebarang acara hiburan turut  ditangguhkan buat masa ini.

"Masjid dan rumah ibadah digalakkan untuk mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Allahyarham.

"Jenazah dijangka tiba dari Kuala Lumpur petang ini dan akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Kuching.

"Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok.

"Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi," menurut kenyataan itu.

Allahyarham, 87 menghembuskan nafas terakhirnya di pusat perubatan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:
Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
Pemergian Taib Mahmud, Keluarga Diraja Kedah zahir ucapan takziah

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM