fb fb fb fb fb

Pembukaan Seksyen 11 WCE: Tol percuma selama dua bulan

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Perasmian Pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Changkat Jering

IPOH, 11 Mac- Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), dibuka kepada umum mulai tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bersempena pembukaan jajaran baharu itu, pengguna lebuhraya akan menikmati pengecualian bayaran tol sehingga 11 Mei depan.

Beliau berkata Seksyen 11 dengan jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu memerlukan 20 minit sahaja berbanding 55 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.

"Jadi sudah tentulah perjalanan pengguna jalan ini akan sangat mudah dan lebih selamat dan Seksyen 11 ini saya difahamkan ia menelan belanja sebanyak RM422 juta daripada sekeluruhannya jajaran Projek WCE ini yang saya difahamkan adalah RM5 bilion semuanya,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Changkat Jering, Taiping.

Lebuhraya WCE merupakan laluan alternatif terbaharu yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE