fb fb fb fb fb

Pembinaan kanal dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak, solusi banjir di Kuching - Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan bantuan barangan persekolahan kepada para pelajar pada Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya

KUCHING, 9 Mac - Pembinaan sebuah saluran atau kanal untuk mengalihkan air dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak di sini, merupakan antara solusi menyelesaikan masalah banjir di Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek tersebut, kini dalam perancangan.

“Dengan adanya kanal ini maka saluran air akan dipecah dua dan tidak lagi tertumpu di Sungai Sarawak sahaja, tetapi ke kawasan lain di Sungai Salak.

“Kini proses reka bentuk sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, apabila reka bentuk dah siap tahun ini kita dapat buka tender dan mungkin tahun depan kerja pembinaan dapat bermula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Back2School Petra Jaya di sini, hari ini.

Pada 2 hingga 5 Mac, situasi banjir telah melanda kawasan selatan Sarawak dengan lebih 1,000 orang telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

-- BERNAMA

TETITIA YUSOFF