
PONTIAN, 18 Februari – Isu ketiadaan air di kawasan Pontian bukan perkara baharu, dengan kejadian serupa pernah berlaku tujuh tahun lalu.
-
- Pembekalan air bersih dijalankan secara berjadual untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan.
- Pembenihan awan dilaksanakan tiga kali sebagai langkah jangka pendek meningkatkan paras air.
- Keberkesanan pembenihan bergantung pada kehadiran awan tebal cumurnivus dan arah tiupan angin.
Namun, masalah kali ini lebih kritikal berikutan bilangan pengguna yang semakin bertambah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan air, termasuk pembekalan air bersih secara berjadual bagi memudahkan penduduk.
Selain itu, pembenihan awan telah dijalankan sebanyak tiga kali sebagai langkah jangka pendek untuk meningkatkan paras air.
“Walaupun SAJ telah menyediakan jadual iaitu satu setengah hari, rumah yang dekat hujung kampung mungkin tidak menerima bekalan air tepat pada waktunya. Jadi rumah yang terletak di hujung-hujung kampung ini boleh jadi sehingga tiga ke empat hari tiada air.
“Itu masalah dari segi tekanan air. Dari segi jadual, SAJ menghantar mengikut yang dirancang”, jelas beliau.
“Untuk pembenihan awan pula, kita kena faham bahawa proses itu memerlukan awan tebal dan berat, dinamakan cumurnivus.
“Jika tiada awan, pembenihan tidak dapat dijalankan. Walaupun awan ada, perlu juga melihat tiupan angin supaya proses itu berjaya”, ujar beliau yang ditemui semasa melakukan pemantauan situasi bekalan air di Surau Parit Haji Elias, Ayer Baloi, di sini.