fb fb fb fb fb

Pembenihan awan akan dilakukan segera di tujuh empangan

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 1 Tahun 2023 di Putrajaya/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 16 Mei- Pembenihan awan akan dilakukan segera di tujuh empangan yang dijangka mengalami penurunan paras air berikutan cuaca panas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil bagi mengisi empangan sekali gus memastikan bekalan air berterusan di kawasan berisiko.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada jangkaan Jabatan Meteteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk menentukan tempoh yang bersesuaian untuk proses berkenaan.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 1 Tahun 2023 di Putrajaya/BERNAMA)

"Berkenaan pembenihan awan, ia akan dilakukan dengan segera. Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia khususnya TUDM, Jabatan Alam Sekitar di beberapa kawasan empangan air.

"Tujuh lokasi itu Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang dan Sungai Bernam, Sungai Similajau di Sarawak. Petang ini saya akan terus pergi ke pergi ke Sg Muda, Sungai Kedah untuk melihat sendiri untuk mengambil tindakan segera dari segi pembenihan hujan", katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Putrajaya.

Beliau turut memaklumkan menerusi pembentangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua empangan kini berada pada tahap waspada masing-masing Empangan Muda dan Empangan Paya Peda, manakala Empangan Timah Tasoh berada pada tahap amaran.

Beberapa lokasi, di Semenanjung dan Sarawak juga dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras purata pada Jun hingga Ogos ini.

Media Baharu