fb fb fb fb fb

Pembekalan perolehan program TV sasar keperluan empat saluran RTM

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengadakan sesi taklimat bersama syarikat pembekal program TV Luar Negara (Syndicated) dan Produk Siap Tempatan.

Taklimat berdasarkan sasaran keperluan untuk mengisi masa siaran menerusi empat saluran TV RTM iaitu TV1, TV2, TV Okey dan Saluran Sukan.

Ketua Penolong Pengarah Unit Kandungan dan Kreatif RTM, Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof berkata taklimat bertujuan memberi penerangan lebih jelas kepada syarikat yang ingin menyertai tawaran pembekalan perolehan program TV.

(Kakitangan RTM yang menghadiri taklimat bersama syarikat pembekal program TV
Luar Negara (Syndicated) dan Produk Siap Tempatan di Auditorium Perdana, Angkasapuri)

Pertemuan itu juga sebagai platform ke arah pembangunan industri kreatif.

Input yang lebih jelas mengenai kaedah pendaftaran syarikat dan tajuk program TV juga diperkenal melalui sistem perolehan e-TVCMS yang ditambah baik dan bersifat lebih mesra pengguna.

Pembekal yang berminat boleh melayari laman sesawang ukk.rtm.gov.my.

Media Baharu