fb fb fb fb fb

Pembangunan warung, gerai bersih perlu diberi tumpuan - PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

PENAMPANG, 7 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan warung, gerai serta restoran yang bersih dan indah diberi tumpuan agar ia menjadi mercu tanda untuk setiap negeri dan bandar di seluruh negara.

Sehubungan itu, majlis perbandaran di setiap kawasan perlu memastikan kemudahan asas seperti air dan elektrik sentiasa mencukupi.

Tegas Anwar, pembangunan tersebut penting kerana gerai dan warung merupakan lokasi yang sering dikunjungi rakyat.

"Ini kerajaan, julung-julung kali beri penekanan, nak bangunkan kota, bangunkan gerai dan warung (dengan bersih dan indah) dulu.

"(Selepas itu) baru fikir hal-hal besar yang lain,” katanya berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di sini hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA