fb fb fb fb fb

Pembangunan semula Kampung Sungai Baru dijadual bermula pada suku pertama 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Perlaksanaan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur dijadual bermula pada suku pertama 2025.

Manakala majlis pecah tanah projek itu, dijangka dilaksana pada penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata kerja-kerja pembinaan akan dilakukan setelah mendapat kelulusan perintah pembangunan (DO) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kampong Bharu akan kekal sebagai simbol kemajuan orang melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan akan menjadi ikon komersial orang melayu pada masa hadapan.

"Bagi tujuan ini, saya akan memastikan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 akan dilaksanakan secara telus dan mampan," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim berhubung status terkini projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN