fb fb fb fb fb

Pembangunan modal insan berpandukan al-Quran, sunnah

(Datuk Seri Anwar melancarkan buku bertajuk ‘Penyingkap Hukum Siri 5’ sempena
Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i/BERNAMA)

KUCHING, 18 Mei- Pembangunan modal insan negara harus berpaksikan kepada tiga akidah penting iaitu menjaga solat lima waktu, tatakelola dan keadilan, selian menjadikan era khalifah-khalifah Islam sebagai panduan pimpinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu diangkat di kala dunia semakin beralih kepada pemikiran baharu yang melupakan tunjang utama rohaniah.

“Khalifah Islam dalam negara majoriti Islam tidak pernah meremehkan tuntutan kecil. Itu kekuatan Islam yang harus dipelihara” katanya dalam majlis perasmian Seminar Antarabangsa Imam Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Seminar antarabangsa dua hari bersempena 60 tahun Sarawak ini dihadiri lebih seribu peserta dari dalam dan luar negara.

Seminar julung kali dianjurkan bagi mengetengahkan kehebatan Muhammad Idris As-Syafi’i atau dikenali sebagai Imam As-Syafi’i dan pendekatannya dalam fiqh Mazhab As-Syafii.

Datuk Seri Anwar menambah, dengan meletakkan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, beliau yakin umat Islam tidak akan hanyut dengan kemodenan dunia.


(Datuk Seri Anwar berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i/BERNAMA)

Media Baharu