fb fb fb fb fb

Pembaharuan perbelanjaan kesihatan awam dibentang bulan depan

(Dr Zaliha berucap pada Majlis Perasmian CRM Trial Connect 2023/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Mei- Cadangan pembaharuan perbelanjaan kesihatan awam akan dibawa dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen bulan depan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Menurut beliau syor itu bertujuan mewujudkan sistem perkhidmatan kesihatan terbaik negara.

"Negara-negara yang setaraf dengan kita, negara berpendapatan sederhana peruntukan kesihatan awam mereka mencecah 5% (daripada belanjawan). Jadi kita baru dalam 2.9%. Insya-Allah kita akan sentiasa berbincang dengan MOF (Kementerian Kewangan) dan memastikan khususnya anggota Kabinet memahami mengapa kita perlu memastikan sistem perkhidmtan kita terbaik.

"Insya-Allah apabila kita berjaya nanti selepas kita bentangkan (Kertas Putih Kesihatan) di Parlimen pada bulan Jun ini, kita akan gariskan semua perkara terlibat termasuklah dengan sistem kewangan kesihatan," kata Zaliha dalam sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan program CRM (Penyelidikan Klinikal Malaysia) Trial Connect 2023 yang bermula hari ini hingga 12 Mei bersempena sambutan Hari Penyelidikan Klinikal 2023.

(Dr Zaliha berkata pembaharuan perbelanjaan kesihatan awam dibentang bulan depan)

Media Baharu