fb fb fb fb fb

Pembaharuan fiskal, jana pertumbuhan ekonomi lebih baik

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

PUTRAJAYA, 26 Januari- Malaysia memerlukan pembaharuan fiskal agar kedudukan kewangan negara lebih kukuh dan mampan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pembaharuan fiskal tersebut termasuk penyasaran subsidi, peningkatan hasil cukai dan pembaharuan pencen.

Beliau berkata terdapat dua tunjang bagi pembaharuan fiskal dalam memperkasakan rakyat termasuk menaikkan siling dan lantai. 

"Agar dia punya ekonomi punya pai itu jadi lebih besar. Jadi kalau jadi lebih besar, lagi senang untuk kita mengagihkan untuk rakyat rasa. Yang akan menjana pekerjaan-pekerjaan yang lebih elok lagi dan menjanjikan aras aliran yang minima dan kalau kita boleh naikkan lagi kerana kita boleh bawak industri yang lebih elok, kita naikkan penggajian", katanya  dalam sidang media di Putrajaya.

Menaikkan siling merujuk kepada penstrukturan semula ekonomi dengan tumpuan kepada pelaburan berkualiti untuk menjana pekerjaan berpendapatan lebih tinggi. Menaikkan lantai pula merujuk kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat agar dapat mewujudkan peluang pendapatan yang berkualiti dan inklusif.

Ini termasuk menambahbaik penyediaan perkhidmatan terutamanya pendidikan, kesihatan, infrastruktur asas serta sistem perlindungan sosial yang lebih meluas.

Ketika ini, Kerajaan MADANI telah mewarisi tahap Hutang negara yang tinggi iaitu 1.2 trillion ringgit, iaitu 63.5 peratus daripada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK).

Justeru, pembaharuan fiskal yang dilakukan adalah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, sekaligus memperkukuh kewangan negara.

ROSLINA BINTI DIN