IPOH, 12 November – Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan kontena yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.
- Pemandu lori rentung selepas kontena sejuk beku terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
- Kontena membawa muatan sayur-sayuran dan dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.
- Anggota bomba dari Balai Kuala Kangsar dan Meru Raya dikejar ke lokasi selepas panggilan kecemasan.
- Mayat mangsa, lelaki 64 tahun, diserahkan kepada polis; operasi bomba tamat pada 5.07 pagi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah menerusi satu kenyataan memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.19 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah kontena sejuk beku yang membawa muatan sayur-sayuran, dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.
“Mangsa, lelaki berusia 64 tahun, disahkan maut di tempat kejadian, berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang telah rentung,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.07 pagi.