fb fb fb fb fb

Pemandu lori maut, tercampak daripada kenderaan

BATU PAHAT, 18 Julai - Seorang lelaki berumur 54 tahun maut selepas lori dipandu terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 71.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Batu Pahat, Johor pada pukul 9.00 malam semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nizar Ma’mun berkata ketika kejadian, mangsa sedang memandu lori jenis treler logistik, menuju ke utara.

Lori mangsa didapati hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak daripada kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan Ayer Hitam, digerakkan ke lokasi bagi urusan operasi kemalangan tersebut.

Operasi tamat satu jam kemudian.


(Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari lokasi kemalangan)

Media Baharu