fb fb fb fb fb

Pemandu, kelindan maut treler terbabas

KUANTAN, 26 April- Seorang pemandu treler dan kelindannya maut selepas kenderaan muatan besi yang dinaiki mereka terbabas semasa menuruni kawasan berbukit di KM55 Jalan Lipis-Merapoh, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian sekitar pukul 7.00 pagi itu, Mohamad Syawal Ahmad Basari, 34, yang beralamat di Tapah, Perak dan kelindannya Mohd Faizal Mohd Noor, 35, beralamat di Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke arah Merapoh itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke arah bahu jalan sebelah kiri ketika menuruni bukit dan laluan berselekoh.

(Keadaan lori treler yang remuk dalam kejadian kemalangan maut melibatkan dua lelaki di KM55 Jalan Lama Lipis Merapoh di Lipis hari ini)

"Akibat kemalangan itu, pemandu treler telah tersepit di tempat duduknya manakala kelindan tercampak keluar dari kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu