fb fb fb fb fb

Pemandu 4X4 positif dadah sebabkan kematian empat sekeluarga

 



BENTONG, 29 Januari- Pemandu yang merempuh lima sekeluarga yang mengakibatkan ibu dan tiga anaknya maut, semalam dipercayai memandu ketika dibawah pengaruh dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Polis ​​Zaiham Mohd Kahar, ujian air kencing mendapati pemandu yang berumur 44 tahun itu positif dadah ​jenis ​methamphetamine dan mempunyai tujuh kes lampau melibatkan ​​dadah.

Zaiham memberitahu polis turut menemui satu straw lutsinar berisi hablur jernih dipercayai berisi ​​methamphetamine dan menahan reman pemandu
tersebut,hari ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952​ yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun
atau kedua-keduanya.

Dia turut disiasat dibawah seksyen ​15 (​1)(​a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan pengawasan antara 2 hingga 3 tahun​.

​Dan turut disiasat dibawah Seksyen 44 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000.

Pada Jumaat lalu, lima sekeluarga menaiki kenderaan Vellfire dipandu seorang guru Mohd Nazri Hamid, 44 tahun telah cedera di tangan kirinya akibat kemalangan tersebut.

Sementara, isterinya Raihan Mohamad, 43 tahun, anak perempuan mereka Ahda Dalili Mohd Nazri 14 tahun, anak lelaki Ahmad Muaz Mohd Nazri 7 tahun,
serta anak perempuan bongsu Ahda Imtinan Mohd Nazri berusia 4 tahun terbunuh dalam kemalangan itu.

Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta anggota badan.

Kejadian berlaku ketika, mangsa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dikatakan dalam perjalanan dari Gua Musang Kelantan menuju
ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan telah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Nissan Navara.

Kemalangan berlaku di kilometer 2 di simpang lampu isyarat, Kampung Lebu Mempaga di susur Lebuhraya Central Spine Road kenderaan pacuan empat roda
Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan telah melanggar lampu isyarat dan merempuh vellfire tersebut.

Media Baharu