fb fb fb fb fb

Pemancar telekomunikasi terjejas banjir akan dibaiki segera - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Stesen pemancar telekomunikasi di beberapa negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu akan dibaiki dan diselesaikan segera.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, akses internet dan telefon adalah perkhidmatan yang penting bagi penduduk berkenaan ketika ini.

Justeru, penduduk di negeri terbabit yang berdepan masalah telekomunikasi diminta menghubungi Yuzani Mohammad Yusoff di talian 09-7454828 bagi negeri Kelantan; Mohd Razlan Rani, 09-5154825 (Pahang); Muhammad Jaflus Baharudin, 08-8688 7403 (Selangor); dan Ahmad Baihaqi Zinbahar, 09-6288029 (Terengganu).

"Dalam keadaan banjir sekarang, sangat penting untuk mangsa banjir ada akses internet dan telefon.

"Kepada penduduk terjejas banjir di empat buah negeri, kalau ada sebarang masalah telekomunikasi, tolong hubungi nombor yang tertera di poster.

"Kita akan usaha yang terbaik untuk pastikan masalah ini diselesaikan sesegera mungkin," kata Fahmi menerusi Facebooknya.

Sementara itu, beliau berkata, 24 stesen daripada 110 yang terjejas baru-baru ini telah dipulihkan.

"Alhamdulillah, 24 stesen telah dipulihkan dan kita akan terus bekerjasama dengan telco untuk selesaikan baki 86 stesen lagi," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN
24 Stesen pemancar komunikasi di Kelantan, Pahang, Selangor, Terengganu telah pulih

SITI AISHAH BINTI MD ISA