fb fb fb fb fb

Pelita Raya Terengganu 2024, ketengahkan konsep pesisir air

Pelita Raya Terengganu 2024 bakal bermula 19 sehingga 23 Mac ini / Foto FB AmazingTerengganu

KUALA TERENGGANU, 19 Mac - Pertandingan Program Pelita Raya Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu tahun ini akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) bermula 19 sehingga 23 Mac ini.

Menurut Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Ahmad Ridzwan Abd Rahman, Peliter@TTI2024 bakal mengetengahkan konsep Pelita Raya Pesisir Air.

Sebelum ini, program berkenaan diadakan di kawasan Kampung Budaya, Terengganu, Losong, selama tiga tahun berturut-turut.

"Objektif kita mengubah lokasi ini, adalah untuk memberi lebih cabaran kepada setiap penyertaan ini, supaya mereka boleh memikirkan ataupun dengan kreativiti masing-masing dapat melakukan kelainan daripada tahun-tahun sebelum ini", katanya pada sidang media di Taman Tamadun Islam (TTI), pada Isnin.

Tambah Ahmad Ridzwan, program berkenaan turut mendapat 10 penyertaan, melibatkan semua pejabat daerah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT dan Muzium Negeri Terengganu.

Pertandingan pelita ini disyaratkan perlu menggunakan lebih 150 pelita sumbu, barangan terpakai seperti tempurung, tin minuman, buluh dan botol.
 
Selain itu pengunjung juga berpeluang memenangi dua kategori pertandingan di bawah media sosial menerusi fotografi dan video Tik Tok dengan hadiah utamanya bernilai RM500
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD