fb fb fb fb fb

Pelepasan udang galah memanfaatkan nelayan Sungai Muda

Pengarah Perikanan Pulau Pinang, Zarina Zainuddin melepaskan kira-kira 275,000 benih udang galah ke Sungai Muda /Foto RTM

KEPALA BATAS, 13 Jun- Sebanyak 275,000 benih udang galah dengan nilai RM110 sekilogram dilepaskan Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Pulau Pinang ke Sungai Muda.

Benih udang galah berkenaan bakal memanfaatkan 81 orang nelayan selain penduduk setempat dan para pemancing.

Antara lokasi yang menerima manfaat itu ialah pangkalan Rantau Panjang, Titi Merdeka, Guar Kepah, Pantai Kamloon, Bongor, Ekor Kucing dan Tanjung Rambai.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Negeri, Zarina Zainuddin.

Terdahulu, sebanyak 114,00 benih udang galah telah dilepaskan DOF Negeri Pulau Pinang pada 20 Mac dan 30 April di pangkalan nelayan Tanjung Berembang, Niibong Tebal dan  pangkalan nelayan Sungai Korok,Tasek Gelugor.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD