KUALA LUMPUR, 17 Januari- Pelarasan tarif air masih tertakluk kepada kerajaan negeri untuk melaksana atau menangguhkannya ke tarikh baharu.
Ini mengambil kira pembekal perkhidmatan bekalan air yang majoriti dikawal selia kerajaan negeri.
Menerusi kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada RTM, pihaknya bertanggungjawab memastikan kemampuan pihak operator untuk melestarikan perkhidmatan berkenaan.
Justeru, keputusan akhir pelaksanaan tarif air masih memerlukan komitmen negeri-negeri berkaitan.
Bagaimanapun, SPAN boleh membatalkan lesen dan mengambil alih operasi operator berkenaan berdasarkan Akta 655 (Seksyen 113 dan Seksyen 114).
Tindakan dibuat sekiranya keengganan melaraskan tarif itu membawa kepada pencapaian prestasi buruk di pihak operator, selain tidak mencapai sasaran KPI ditetapkan.
Artikel Berkaitan:
Pelarasan tarif air perlu ada keseimbangan dengan perkhidmatan
AKSB sambut baik pelarasan tarif air domestik
Kenaikan tarif air: Berikan rebat kepada golongan B40 - PPIM