fb fb fb fb fb

Pelancong China ke Malaysia melonjak kira-kira 216 peratus suku pertama tahun ini

Datuk Norman Muhamad

BEIJING, 30 Mei- Malaysia kekal sebagai antara tiga negara pilihan utama pelancong China kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Perkara itu dibuktikan menerusi lonjakan jumlah kemasukan pelancong republik itu kira-kira 216 peratus bagi suku pertama tahun ini; berbanding tempoh sama pada 2023.

Dianggarkan seramai 270,000 pelancong China yang hadir ke Malaysia setiap bulan dan kebanyakannya gemar mengunjungi Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Peluang itu dilihat sebagai ruang terbaik bagi syarikat penerbangan tempatan bagi meneroka potensi pembukaan laluan baharu, terutama di bandar sekunder sekitar China.

Pada masa sama langkah berkenaan mampu merancakkan lagi sektor pelancongan kedua-dua negara.

"AirAsia, Malaysia Airlines (MAS) berhasrat tambah penerbangan dari Malaysia ke China. Jangan hanya menumpukan kepada destinasi yang menjadi pilihan.

"Saya dapat banyak permintaan dari China, wakil kunjungan, dari Wuhan, Chongching. Walaupun bandar berkenaan barada di peringkat kedia namun populasi yang paling sedikit ialah sekitar lapan juta. Biasanya mereka ingin melancong terpaksa transiT di Shanghai, Beijing atau Shenzhen," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan lain, aliran masuk pelaburan asing dari China ke Malaysia turut mencatat peningkatan sebanyak RM151.06 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2023.

40.5 peratus daripadanya atau RM58.6 bilion diperoleh menerusi eksport elektrik dan elektronik sekali gus pemyumbang terbesar prestasi eksport.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI