fb fb fb fb fb

Pelancaran Taman Herba Radio pupuk semangat pertanian

Jabatan Penyiaran terus memperkukuh jalinan kerjasama bersama rakan strategiknya, Jabatan Pertanian (DoA) dengan melancarkan Taman Herba Radio di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Jabatan Penyiaran terus memperkukuh jalinan kerjasama bersama rakan strategiknya, Jabatan Pertanian (DoA) dengan melancarkan Taman Herba Radio di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Ini selaras dengan hasrat dan agenda Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang mahu memupuk semangat pertanian.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman melihat kolobrasi ini suatu yang sangat baik sebagai permulaan dan tidak menolak untuk memperbanyakkan lagi jenis tanaman di kompleks penyiaran itu.

"Bila saya mula-mula masuk setahun yang lalu, memang saya sarankan buat perkara ini. Jadi sekarang kita dah ada jalinan kerjasama yang sangat bagus, yang ada ilmu jadi kita boleh menjalankan apa yang kita hendak buat ini dengan sebaik baiknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Taman Herba Radio dan melawat reruai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta kawasan penanaman herba di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Taman Herba Radio merupakan antara program yang dilaksana bahagian program radio bersama tujuh stesen radio RTM.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN