fb fb fb fb fb

Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menunjukkan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dirasmikan Ahmad Zahid di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 November- Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 diluncurkan bertujuan memperkukuh kesejahteraan dan kualiti hidup dalam kalangan belia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara sasaran yang ditetapkan menjelang 2030 termasuk peningkatan purata gaji belia kepada RM3,152 serta pengurangan kadar pengangguran belia kepada 6.5 peratus.

Pengurangan tersebut doleh dilakukan menerusi perluasan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, pendigitalan, kelestarian, serta literasi kewangan dan pengurusan kredit.

"Pelan ini akan menjadi garis panduan bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kementerian lain, jabatan dan agensi, badan bukan kerajaan, dan pihak swasta dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi belia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluncurkan pelan berkenaan dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di Bangunan Parlimen, di sini.

Melalui pelan tersebut merangkumi tiga matlamat utama, 10 strategi, dan 24 inisiatif melibatkan 13 kementerian sebagai peneraju, dengan kerjasama 76 rakan kolaborasi.

Tiga matlamat tersebut adalah menjana ekonomi belia, memperkukuh kesejahteraan dan inklusiviti belia, serta mempergiat pembangunan mampan.

Kerajaan juga komited menyelesaikan isu berkaitan belia, selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM2030).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI