Pelan MHIT guna caruman KWSP, mampu kurangkan beban pesara

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Penggunaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas merupakan cadangan yang wajar dan berupaya mengurangkan beban kos rawatan pada usia persaraan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan membenarkan caruman KWSP untuk Pelan MHIT Asas bagi mengurangkan beban kos rawatan persaraan.
  • Pelaksanaan perlu dirancang teliti, bersasar dan bersyarat untuk melindungi kepentingan pencarum.
  • Alternatif ialah insurans kesihatan nasional mirip model PERKESO jika penggunaan caruman KWSP tidak diluluskan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mustazar Mansur berkata, kesihatan merupakan aspek penting dalam kelangsungan hidup setiap individu dan menjadi sebahagian daripada keperluan asas dalam ekonomi.

”Bagaimanapun, langkah ini perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara bersasar dan bersyarat.

Kerajaan juga katanya boleh mempertimbangkan kaedah seperti insurans kesihatan nasional yang mirip kepada model caruman PERKESO, sekiranya cadangan menggunakan caruman KWSP bagi pelan asas MHIT tidak diluluskan.

”Di beberapa negara maju insurans kesihatan nasional ini diwajibkan kepada golongan pekerja serta individu yang tidak bekerja.

“Namun, kita mengharapkan kaedah ini hanya dibuat apabila keadaan ekonomi lebih baik, kos sara hidup semakin stabil dan pendapatan rakyat berada pada tahap yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, pihaknya masih berbincang dengan KWSP bagi meneliti sama ada konsep MHIT boleh diterima sebagai sebahagian daripada produk yang dibenarkan untuk pencarum.

Pelan MHIT menawarkan kadar premium serendah RM80 hingga RM120 sebulan sebagai langkah menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya melibatkan kos rawatan perubatan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan