KUALA LUMPUR, 1 April- Pelaksanaan konsep 'Sponge City' bagi mengatasi masalah banjir terutama di kawasan bandar utama bukan bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Timbalannya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran sebenarnya bertanggungjawab melaksanakan konsep tersebut.
"Adapun keseluruhan yang disebutkan oleh YB Senator itu bolehlah dibincangkan bersama-sama dengan semua kementerian kerana pelaksanaan "Sponge City" memerlukan kerjasama semua,"katanya.
Bagaimanapun, kementeriannya akan memberikan komitmen sepenuhnya dan berkerjsama dalam isu mengatasi masalah banjir itu.
Beliau menjawab soalan tambahan dibangkitkan wakil Lumut Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.