fb fb fb fb fb

Pelaksanaan sistem PADU terima sambutan baik

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Seramai 798,528 individu telah berjaya mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran di X berkata, Selangor, Johor dan Sarawak merupakan negeri paling ramai setakat ini yang mendaftar dengan PADU.

"Seramai 182,943 individu telah mendaftar dengan PADU di Selangor, diikuti Johor (85,975) dan Sarawak (72,775), " menurut statistik dikongsikan dalam infografik DOSM.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lepas hingga 31 Mac depan dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

TETITIA YUSOFF