fb fb fb fb fb

Pelaksanaan projek Bakul Rahmah hampir capai sasaran

PERMATANG PAUH, 7 April - Pelaksanaan projek Bakul Rahmah hampir mencapai sasarannya apabila pengedaran 95 peratus kepada golongan miskin tegar berjaya disampaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia hasil kerjasama strategik yang diadakan pihak kementerian dengan pihak industri sejak ia dilancarkan.

"Suka saya menyatakan di sini bahawa setakat petang ini, KPDN dengan rakan strategik kita telah berjaya mengedarkan hampir 34,000 Bakul Rahmah sejak ianya dilancarkan, ini telah dapat mencapai hampir 95% daripada jumlah yang menjadi sasaran KPDN dan KPDN telah menyasarkan 37,000 bakul dapat disampaikan kepada setiap isi rumah," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Program Bakul Rahmah di Petronas BKE 2 Butterworth, di sini hari ini.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan
Bakul Rahmah kepada penerima sebagai persediaan menjelang Aidilfitri) 

Terdahulu ,syarikat Petronas menyampaikan Bakul Rahmah kepada 10 penerima sebagai persediaan awal menjelang Aidilfitri.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bekalan telur dan ayam mencukupi di pasaran dan orang ramai tidak perlu khuatir.

Sekiranya barangan keperluan asas itu berkurangan, ia hanya bersifat sementara di sesetengah kawasan, tetapi perolehannya itu di seluruh negara amat memuaskan.

Media Baharu