fb fb fb fb fb

Pelaksanaan e-Invois, kerajaan setuju beri kelonggaran selama enam bulan

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Abu Tariq Jamaluddin (tengah)

CYBERJAYA, 26 Julai - Kerajaan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois bermula 1 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata menerusi kelonggaran itu ia membenarkan semua aktiviti atau industri untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan termasuk e-Invois bil kendiri.

"LHDN juga mengesahkan, dalam tempoh enam bulan ini, tiada tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidak patuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan seperti dinyatakan," katanya.

Selain itu, Abu Tariq berkata kerajaan turut memberi pengurangan tempoh tuntutan elaun modal bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer sekiranya pembayar cukai melaksanakan e-Invois mengikut garis masa yang ditetapkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN